Tips mengelak penggodam ‘hackers’

29 June 2011 One Comment

“Awas! Apabila anda mendedahkan nombor telefon atau nombor akaun bank di Internet terutama di laman jaringan sosial, anda berpotensi menjadi mangsa penggodam sehingga menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.”

Itulah yang diingatkan kepada semua pembaca HM hari ini. Selain kes Penggodam (Hacker) ‘Anonymous’ yang mengancam Serang Laman Web Kerajaan ni, kita sebagai pengguna juga tidak lari dari diancam oleh hackers ni.

Apa yang diorang (hackers) boleh buat dengan aku yang hidup sebagai rakyat biasa ni?

Melalui sumber, hackers ni mampu menggodam seseorang melalui nombor telefon atau nombor akaun bank mangsa. Nombor telefon atau nombor akaun bank yang dipaparkan, akan mencari dan mengumpulkan maklumat peribadi mangsa di Internet sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan kad kredit menerusi Internet.

Apabila menerima kad kredit itu, penggodam akan mencari laman web menjual pelbagai produk melalui urus niaga Internet yang lemah sistem keselamatannya dengan menggunakan teknik dan kod tertentu.

Seterusnya, mereka akan menggunakan kad kredit yang belum diaktifkan untuk membeli pelbagai produk yang dikehendaki.

Mudah bukan? mudah bagi mereka yang mengetahui. =)

Statistik jenayah siber bagi tahun 2007-2011 menunjukkan memang jenayah siber ini memberikan kerugian yang besar nilainya. Sama-sama la kita menjaga diri masing-masing supaya kes ini dapat dibendung =).


HM ada mendedahkan taktik digunakan penggodam yang dikenali ‘Black Hat Hacker’ atau ‘Cracker’. Mereka yang berusia 30-an pernah aktif menjadi penggodam sedikit masa lalu untuk mendapat keuntungan dengan cara mudah. Dua sahabat ini hanya mahu dikenali sebagai Zul dan Madi.

 

*HM : Harian Metro



One Comment »

  • wazy said:

    kita kena sentiasa berhati-hati terutama semasa berada di dalam alam cyber,mereka ada dimana-mana

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.

CommentLuv badge