KL Gangster
Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof yang glamour dengan ” Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang ” memang meletop habis. Dengar-dengar kutipan dah melebihi RM10 Juta. Tahniah Syamsul, dulu gua tarak suka sama lu, tapi kiri, boleh kautim la.. o.o
Bahasakan diri lu gua sekejap dalam entry ni, ok ke? =)
Memang lu orang akan cakap, podaaa…dah lambat la, ni dah hari ke-11 pun ditayangkan di pawagam. Sebenarnya aku dengan Dia dah tengok hari pertama lagi. 9 Jun, dekat TGV Bukit Raja. Tiket RM 24 (couple seat =) )untuk 2 orang, memang berbaloi la sebab KL Gangster memang best! Thumb UP!
Disebabkan busy tak ketahuan, tak sempat la nak update. Sampaikan birthday sendiri pun tak sempat nak conteng-conteng kat blog ni. Kalau tak, boleh juga la dapat hadiah dari reader kan. o.o Takpe, dah lepas dah. 10 JUN tahun depan, gua paw korang hadiah okay.
Sinopsis,
KL Gangster mengisahkan dua beradik yang terlibat dalam dunia gangster. Malek (Aaron Aziz) abang yang lebih tua meringkuk dalam penjara selama 5 tahun selepas dikhianati geng nya sendiri yang dimulakan oleh Shark (Syamsul), adik tiri kepada gangster paling berpengaruh di Kuala Lumpur, King (Ridzuan Hashim). Malek yang menjalani kehidupan seperti biasa terpaksa masuk semula ke dunia gangster selepas adiknya Jai (Adyputra) terpengaruh dengan gangster dan bekerja untuk Shark.
Barisan pelakon KL Gangster ;
Aaron Aziz (Malik)
Syamsul (Shark)
Adi Putra (Jai)
Soffi Jikan (Ajib)
Adam Corrie (Dragon)
Ridzuan Hashim (King)
Zizan Raja Lawak (Fadil)
Sheera Iskandar (Zati)
Lagak Adi Putra (JAI) memang paling gua suka. Keras bak tiang elektrik. “bro, lu memang ada belajar seni bela diri ke? tomoi siam ke apa? memang ada gaya la jadi fighter…”
Sapa tak kenal dengan Soffi Jikan (Ajib)? Aha! Gua bagi bintang-bintang-bintang la pada lu. Lu memang smart habis. Style..Paling gua suka, “Gua tetak lu 18 baru lu tau erti penyesalan”. Woot. mane lu belajar ini ayat? cara lu sampaikan tu memang cool, tenang dan selamber. Tabik spring la! sapa-sapa tak kenal sama Soffi Jikan, ni ha gua tempek muka dia.
Dan lain-lain pelakon, korang sume gua tabik juga. Akhir kata, 4.5 Bintang la gua kasi. “ambik la. gua bagi KL sama lu. ambik la. ambik.“





mmg mantop film nih…sampai Pekida NGO tu pun nak saman hari tu…Pekida terasa sebab apa eh..cakap ada buah2 tak paham….ingatkan NGO berdakwah…
perghhh.. 10 juta? wow.. mmg terbaek r muvie nie… tahniah r syamsul…
Filem ni boleh tahan,cuam tu la ada kontroversi sedikit dengan pekida,harap-harap dah selesai la
suka gler kt soffi jikan dlam cter nie..
Leave your response!
Join kami di Facebook
Donha twittered this :
Please wait while my tweets load
SPONSORED
Blogroll
Recent Posts
Popular Posts
Recent Comments